Monday, July 12, 2010

Qaseh...Cahaya hatiku!




Jahitan terbaru! Baju milik Kak Riha! Tapi sayang, nak upload lebih banyak gambar sebenarnya, tak dapat2! Dapat masukkan 2 gambar pun jadilah...Kali ni, aku gunakan jahitan manjalara...Moga, empunya baju ni...,Kak Riha suka dengan design yang aku pilih!

Tuesday, July 6, 2010

Kenangan Terindah...




Kenangan terindah...penuh makna ....penuh cerita!!! Namun biarlah rahsia! Pun begitu, aku sebenarnya berterima kasih kepada FB yang telah mempertemukan kami kembali! Tempahan kali ini jauh datangnya...rakan seuniversiti sepuluh tahun nan lalu...Jue, orang Tawau, Sabah!

Monday, July 5, 2010

Seri....



Ini baju yang ketiga, milik Suhaina adalah hasil kerja tanganku. Terima kasih Su kerana percayakan saya berkarya pada busana milik Su ini! Kali ni aku gunakan labuci untuk bentukkan sekuntum bunga. Bagi menaikkan SERI pada baju ini...taburan manik menghiasi setiap kuntuman bunga....

Kasih Suci....




Tempahan kali ni dari Kak Yati...juga rakan sekerja! Kak Yati mahukan sulaman kali diberi fokus kepada bunga! Jenuh juga aku memikirkan camne nak serikan dan naikkan bunga orkid pada bahagian hadapan baju! Kebetulan masa tengah menyulam lagu kasih suci dendangan Siti suka benar aku dengar. Maka terungkaplah kasih suci...

Sunday, July 4, 2010

Lagi....



Baju ni empunya emak Nana... Kata Nana emaknya mahukan yang simple saja!

Untaian kasih...





Lama betul tak update blog...bukan tak ada jahitan terbaru, tapi kekangan masa dan tugasan menjadi halangan...Ni pun, hubby yg sudi tolong masukkan gambar. Thanks! Kali ni baju tempahan dari rakan sekerja Kak Fairuz! Gabungan bunga dari labuci dan dimaniskan lagi dengan untaian-untaian yang comel...maka terciptalah untaian kasih...