Friday, November 26, 2010

Tinggal kenangan.....




Baju kali ni milik Faizah, rakan sekerja! Mahukan tatarias pada bahagian bawah baju! Tak sempat nak tengok Faizah melaram baju ni...Semuanya tinggal kenangan! Selamat bertugas di tempat baru, semoga berbahagia selalu...dan jangan lupa bila pakai baju ni...ingatkan akak ya!

Thursday, November 18, 2010




Baju kedua dari pelanggan yang mahukan tata rias pada bahagian leher.... Susunan sequin bewarna kuning dan putih merupakan elemen utama yang digunakan sebagai penyeri baju...Gembira betul empunya baju ni semasa baju bertukar tangan...Ya! kepuasan pelanggan yang terpamer...terasa hilang segala penat lelah menyulam!!!



Sutera crape milik Kak Riha yang bermotifkan ranting! Kaedah manik tabur digunakan untuk menata rias baju sutera crape berona coklat ini. Dimaniskan dengan taburan crystal. Semoga Aidil Adha.....Kak Riha lebih bermakna!