Monday, September 27, 2010

Dan lagi raya....





Empunya baju ni mahukan tata rias pada bahagian bawah baju saja! Harap-harap baju milik jiran Kak Yati suka dengan hasil kerja tangan ku ini.

Baju Raya Girl




Baju raya Girl, anak Kak Pah! Sesuai dengan usianya...kuntuman-kuntuman teratai menghiasi busananya. Pada bahagian leher pula, untaian manik menghiasi dada si pemakai!Memang nampak manis!

Raya Lagi....Baju Nana




Sekali lagi Nana memberi kepercayaan untuk aku menata rias bajunya...Kali ini aku menggunakan kaedah sisik ikan sebagai kuntuman-kuntuman bunga. Semoga Nana happy memakai baju hasil tata rias dariku....

Sunday, September 26, 2010

Baju Raya Fiza


Fiza, rakan sekerja mahukan jahitan kali ini dari sequins

Kuntuman-kuntuman bunga sequins menggunakan kaedah sisik ikan...

Bahagian lengan baju....Semoga Hari Raya Fiza dihiasi dengan kuntuman bunga yang indah lagi berseri...

Lagi Tempahan Raya


Baju milik...Kak Pah! Mahukan yang simple sahaja

Bahagian utama badan baju yang difokuskan...dimaniskan dengan kuntuman bunga-bunga kecil

Lengan baju...

Koleksi Raya


Tempahan raya

Mula-mula terima baju ni, pening nak buat kombinasi warna...

Akhirnya terhasillah Setaman Kasih, moga empunya baju ni berpuas hati