Tuesday, October 25, 2011

Mini Crumble




Jenuh memikirkan macamana nak design baju ini. Pemilik baju mahukan crumble tetapi bersyrat...tidak mahu terlalu sarat dan simple sahaja. Maka inilah hasilnya...

Monday, October 24, 2011

Kuntuman Kasih...





Menggunakan bowl sequin lalu disulam menjadi kuntuman-kuntuman bunga bagi menghiasi busana cotton ini. Semoga empunya baju ini suka dengan hasil kerja tangan kali ini.

Sunday, October 23, 2011

Crumble's- Percubaan Pertama




Akhirnya...berjaya jua menyiapkan baju ini dalam versi 'ala-ala crumble' Percubaan pertama! Hanya berpandukan jahitan para bloger's dan mengikut citarasa sendiri.

Thursday, October 13, 2011

Highlight Lengan Baju Lagi...




Baju berona biru ini juga turut disulam kerawang pada lengan baju. Bowl Sequins bersaiz kecil disusun menjadi kuntuman-kuntuman bunga yang menghiasi lengan baju. Manakala untuk membentuk daun manik. manik digunakan.

Wednesday, October 12, 2011

Highlight Lengan Baju...




Baju berona koko muda ini yang disulam kerawang cukup halus buatannya!Untuk menaikkan seri baju ini disulam dengan manik bersaiz kecil dan berintikan labuci bewarna peach...

Tuesday, October 11, 2011

Highlight Baju Batik




Gabungan pelbagai teknik jahitan...dimaniskan dengan sulaman manik-manik dan labuci. Bagi menaikkan lagi seri baju sutera ini ditatarias dengan crystal swarovski.

Thursday, October 6, 2011

Lace di busana hijau...




Baju berona hijau... ditata rias dengan lace dan taburan pearl untuk menyerikan lagi busana pemberian dari seorang rakan...

Wednesday, October 5, 2011

Baju raya mama Dhiya




Warna tema raya tahun ni...maroon! Menggunakan manik bersaiz kecil sebagai bahan utama dan dimaniskan lagi dengan crystal swarovski sebagai inti bunga!

Tuesday, October 4, 2011

Baju raya Dhiya...





Baju raya puteri tersayang...
Dhiya Batrisyia atau nama manjanya Arisya! Sebelum bersalin..mamanya sempat juga menata rias baju Arisya!